Friday 23 August 2013

Isteri Terlampau Curang Terhadap Suami, Silap Siapa?

Isteri Terlampau Curang Terhadap Suami, Silap Siapa?




KUALA LUMPUR: Kes suami atau isteri curang mungkin bukan perkara baru hingga timbulnya istilah ‘makan luar’ dan ‘kekasih gelap’ di kalangan masyarakat kita. Bagaimanapun, kini timbul pula ‘trend’ baru di kalangan isteri curang apabila mereka lebih berminat memburu lelaki warga asing yang bekerjaya profesional.


Hasil temu bual Metro Ahad dengan empat isteri curang yang kini menjalin hubungan dengan lelaki warga asing, semuanya mengaku hubungan dengan kekasih masing-masing bukan setakat kawan biasa tetapi sehingga ke bilik tidur.


Alasan yang diberikan mereka di sebalik perlakuan keji itu ialah kecewa dengan sikap suami masing-masing yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, selain hilang kepercayaan terhadap kewibawaan lelaki tempatan.





KES 1
MONA, 30, mula bosan dengan sikap suaminya yang gagal menjadi ketua keluarga selain penat memberi peluang selama enam tahun untuk lelaki itu berubah, dan akhirnya mula menjalin hubungan dengan ‘mat saleh’.


Wanita bertugas sebagai pakar perunding kecantikan di ibu kota itu berjinak-jinak dengan mat saleh beberapa bulan selepas melahirkan anak angkara suami yang kerap lepas tangan dalam pelbagai perkara membabitkan rumah tangga serta tanggungjawab lain.


“Ia bermula pada 2004 apabila suami yang saya kahwini atas dasar cinta menunjukkan tanda tidak akan mengubah sikap lepas tangan dalam pelbagai perkara, selain gagal memimpin dan mendidik saya menjadi ‘isteri’.


“Saya mula mencari kenalan di laman web sembang dan sepanjang lima tahun ini saya berkenalan dengan enam lelaki mat saleh berasal dari Jerman, Sweden, Belgium, Australia dan Amerika Syarikat (AS). Lima daripada mereka sanggup terbang ribuan kilometer semata-mata mahu menjalin hubungan dengan saya,” katanya.


Menurut Mona yang berasal dari Sarawak, ia juga berlaku selepas mendapati suaminya turut makan luar dan tidak kisah jika dia mempunyai kekasih gelap.


Suami Mona pernah memperkenalkannya dengan seorang lelaki mat saleh dan tahu isterinya turut mengadakan hubungan seks dengan warga asing terbabit.


“Walaupun suami isteri, kami seolah-olah hidup dalam dunia sendiri dengan masing-masing sibuk menjalin hubungan dengan sesiapa yang dianggap sesuai.


“Akhirnya saya bosan dan berharap suami berubah perangai demi menyelamatkan rumah tangga. Namun, ia tinggal harapan. Saya bukan mahu wang atau harta menggunung, sebaliknya setakat perhatian, kasih sayang selain mampu membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya kesal.


Menurut Mona, dia tidak memilih lelaki tempatan sebagai pasangan kerana beranggapan mereka sama saja dengan suaminya yang disifatkannya memiliki mentaliti lemah, tiada integriti selain mengharap hasil pendapatan isteri.


Ini kerana suaminya bukan saja kerap bertukar-tukar kerja, malah gemar meminjam wang daripada ceti haram semata-mata mahu mengekalkan gaya hidup mewahnya.


“Selepas dua tahun berkahwin, baru saya tahu suami meminjam wang belasan ribu ringgit daripada ceti haram. Ketika itu baru saya tahu mengapa dia sering kekurangan wang dan meminta daripada saya, termasuk untuk makan.


“Akhirnya saya mengalah dan tidak mahu berharap dia berubah. Selepas menjalin hubungan dengan mat saleh, saya dapati mereka bukan saja matang, malah dalam banyak perkara menunjukkan tahap mental dan fizikal tinggi,” katanya.


Bagaimanapun, Mona mengaku lima mat saleh yang dikenali dan menjalin hubungan dengannya hanya sekadar untuk seks dan keseronokan.


Mona kini serius menjalin hubungan dengan mat saleh keenam dalam hidupnya yang berasal dari Australia kerana beranggapan lelaki berusia lingkungan 40-an dan baru memulakan perniagaan di negara ini adalah orang yang dicari selama ini.


“Saya bersamanya sejak enam bulan lalu. Dengannya, saya diberikan perhatian, disayangi selain berasakan tidak disia-siakan.


“Mungkin saya boleh dianggap isteri curang, tetapi apa guna bersama suami jika dia juga main kayu tiga dan lebih teruk lagi, gagal memimpin saya sebagai isteri solehah. Malah, dia juga ada kalanya seolah-olah mengabaikan anak tunggal kami,” kata Mona.



KES 2


ANA, 29, berkenalan dengan Husin, 31, kira-kira setahun lalu selepas rumah tangganya bergolak angkara suami main kayu tiga dengan kenalan sendiri.


Perkenalan di sebuah kafe sekitar ibu kota mendekatkan Ana dengan Husin yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat multinasional hingga kini.


“Ramai pandang serong pada Husin memandangkan dia warga Bangladesh, tetapi saya tidak. Apa yang saya lihat selepas setahun bersamanya ialah dia bertanggungjawab, tidak kebudak-budakan, gemar merancang masa depan dan matang.


“Sikapnya jauh berbeza dengan suami saya yang sering mengongkong, cemburu buta dan tidak memberi galakan dalam perkembangan kerjaya saya. Lebih menyakitkan hati, dia ada hubungan dengan perempuan lain di belakang saya,” katanya.


Menurut Ana yang berasal dari Perlis, dia bukan berniat untuk curang kepada suami yang dikahwini selama empat tahun, mencari lelaki lain bagi memuaskan nafsu atau mendapatkan kemewahan, sebaliknya lebih kepada mencari kebahagiaan selama ini gagal ditemui bersama suaminya.


Ana yang tiada anak berkata, walaupun sebelum ini sukar bertemu Husin kerana gerak langkahnya dicurigai suami, dia kini gembira kerana semua itu berakhir.


“Kami dalam proses bercerai dan menunggu masa mendapatkan pengesahan rasmi daripada pejabat agama. Saya dan Husin merancang untuk berkahwin, tetapi bukan dalam masa terdekat. Kami juga tinggal bersama di sebuah kondominium di Ampang,” katanya.


Walaupun ada yang mencemuh tindakannya menjalin hubungan dengan lelaki asing, ia sedikitpun tidak menimbulkan masalah kepada Ana.


Tambahan pula, Husin pandai menjaga hati keluarganya, biarpun mereka masih tidak tahu Ana merancang berkahwin dengan lelaki Bangladesh itu.


“Hanya abang yang tahu hubungan saya dan Husin serius. Saya pernah beberapa kali bawa Husin bertemu ayah dan ibu, tetapi tidak menyatakan dia teman istimewa, sebaliknya hanya rakan.


“Mungkin dalam masa terdekat saya akan maklumkan kepada mereka hubungan kami kerana yang penting, ia direstui. Saya serik dengan hubungan lalu dan mahu bina hidup baru bersama Husin,” katanya.






KES 3


MIA, 40, adalah isteri lelaki kaya. Dia memiliki segala-galanya, terutama kemewahan yang diimpikan setiap wanita. Namun, disebabkan suaminya tidak mampu memenuhi tuntutan nafsunya, dia bertindak ‘cari makan’ di luar.


Dia yang memiliki seorang anak berkata, semua yang dikehendakinya mampu ditunaikan suaminya, kecuali dalam hal memberi nafkah batin.


“Meskipun dikelilingi kemewahan, saya tidak puas bersamanya. Satu hari ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah, seorang lelaki warga Russia berusia 20-an menegur saya.


“Dia memuji penampilan dan gaya saya sehingga saya berasa bangga. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon sebelum pulang,” katanya.


Sejak itu, kata Mia, mereka kerap berhubungan melalui telefon dan SMS. Menurutnya, lelaki terbabit yang juga penuntut universiti tempatan di negara ini kerap memujinya selain sangat mengambil berat, romantik dan kacak.


Mia berkata, disebabkan faktor itu dia mula tertarik dengan layanan siswa terbabit sehingga hubungan yang dulunya boleh dianggap seperti ibu dan anak bertukar menjadi seperti suami isteri.


Lelaki Russia itu tempat Mia meluahkan perasaan selain memenuhi tuntutan gelora nafsunya. Malah, sampai satu tahap, Mia menyerahkan satu bisnes berkaitan dunia teknologi maklumat kepada teman lelakinya sebagai tanda kasih dan sayang.


Dalam tempoh hubungan itu, banyak kemewahan dilimpahkan kepada lelaki terbabit tetapi bagi Mia, yang penting dia puas dan gembira.


“Dia bukan saja menjadi pemandu saya, tetapi teman sekatil saya. Saya bangga dan gembira apabila bersama dengannya. Namun tanpa disedari, sedikit demi sedikit dia mengikis kemewahan saya.


“Suami tidak tahu perbuatan saya dan saya bernasib baik kerana tiada sesiapa tahu hubungan saya dengan lelaki ini,” katanya.


Menurut Mia, meskipun berbeza usia, lelaki yang digelar ‘baby boy’ itu menepati ciri-ciri lelaki idamannya.





KES 4


NISA, 38, mula mencari makan luar selepas suaminya kerap ke luar daerah kerana terbabit dalam aktiviti perniagaan. Meskipun ada anak, hidupnya kesunyian dan dia perlukan perhatian dan kasih sayang suami.


Apabila kerap ditinggalkan di rumah, Nisa yang bertudung litup menjadi bosan dan mula menjalin hubungan cinta dengan lelaki warga Pakistan yang datang ke rumahnya untuk menjual permaidani.


Perkenalan singkat itu membibitkan rasa cinta apabila lelaki berusia awal 40-an itu pandai mengambil hati dan menghiburkannya.


“Hubungan kami bukan sekadar jatuh cinta saja, tetapi sampai ke tahap melakukan seks. Dia lelaki baik dan mengambil berat perihal diri saya.


“Saya senang setiap kali bersamanya, malah rasa bosan apabila dia tiada di sisi. Sukar mempercayai apabila begitu mudahnya kami bercinta hingga ke tahap seperti hubungan suami isteri,” katanya.


Menurut Nisa, bukan dia tidak menyayangi suami, namun kesibukan suaminya mewujudkan rasa bosan melampau sehingga sesiapa saja yang mendekati dirinya dilayan.


“Sukar untuk saya mengikis perasaan cinta dan sayang kepada teman lelaki sekarang biarpun menyedari hubungan ini tidak kekal lama,” katanya.


Artikel : Hmetro










Cik Gayah Kebaya Sendat p/s : Kes nie teringat seorang akak angkat Cik Gayah berada di singapore yang beragama Islam yang suka berchatting dan selalu membelakangi suami nya. Kadang cik gayah malu dengan sikap akak angkat cik gayah nie kerana perangai dia yang tidak tahu hukum hakam agama Islam, malu sesangat jika dia berkata dia beragama Islam, Akak angkat cik gayah nie bertudung dan ada ciri2 isteri solehah apabila memandang nya. Akak angkat cik gayah ni pernah KANTOI sekali dengan suami nya gara2 berchatting di dunia cyber tetapi isteri nie tidak pernah serik untuk berchatting walaupun mereka ini selalu bergaduh, Jantan2 kat CYBER nie kebayangkan jenis MIANG, GATAL dan Suka ambil kesempatan. Si suami pula sibuk dengan aktiviti seperti main bola la, futsal lah, memancing la.. semua nya aktiviti orang belum berkahwin. That why lah ramai si isteri suka berchatting, lama ke lamaan Cinta terhadap suami makin berpudar, fuhhh di sebabkan itu lah berlaku penceraian. ya hapommm cik gayah nie ade ala ala penceramah Cik Siti Nurbayah plak.. wakkakaa sambil cik gayah ketawa...


Walaupun Cik Gayah nie ada buat silap jugak dalam rumahtangga tetapi cik gayah masih waras boleh berfikir DOSA dan Pahala di dalam berumahtangga. Si Isteri yang Berlaku curang dengan suami adalah berdosa besar walaupun sekadar chatting dan bersuka ria.. cik gayah bukan nak marah kat kaum isteri saja tetapi cik gayah nak marah jugak pada kaum suami yang tidak ambil berat langsung terhadap si isteri nya dan tidak memberi kasih sayang terhadap isteri nya, that why ramai isteri - isteri suka mencari agent tempat berbual walaupun mereka ini tahu salah dari segi agama mereka membelakangi suami dalam hal ini. So, silap siapa sekarang ni? Bila si isteri ada scandal dengan lelaki lain, si suami dok kata si isteri berlaku curang tetapi adakah si suami berfikir kenapa si isteri bersikap begitu?


Di sini cik gayah nak HEADLINE sikit " KAUM ISTERI PERLUKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG SEORANG SUAMI BUKAN NYA UNTUK JADI HAMBA ABDI SEORANG SUAMI, SEORANG SUAMI PERLU MEMBIMBING ISTERI MENJADI ISTERI SOLEHAH, JIKA SI SUAMI GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, JIKA BERLAKU BERGADUHAN DAN PENCERAIAN SI SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN GAGAL KETUAI RUMAHTANGGA".


Waduhhh WaADUHHHH gayang nye cik gayah pagi2 ahad nie sampai tersembur air liur bila kasi HEADLINE kepada suami2.. Hamponnnnn... cik gayah terlaser pulak kat sini, kalau Azwan ali masuk sini, fuhhhh sekali2 ayat HANJING HANJING dia laser.. tapi cik gayah nie cover line juga kalau nak bercakap kerana nak jaga title wanita solehah. HEHHEHE ape pown cik gayah harap akak angkat cik gayah yang berada di singapore itu bertaubat la. ajal maut di tangan Tuhan, so, banyak2 lah beringat sebelum kena. pada kaum suami pula, jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang suami. tambahan lagi anda seorang lelaki, besar tanggungjawab nya, nak jaga ibubapa lagi, fuhhhhh beban nya tetapi si suami harap bijak membahagikan masa dan kasih sayang, utamakan keluarga dulu. Cik Gayah nak siarkan satu artikel lagi pasal "berlaku pencerian".. ari nie cik gayah jadi BOS kerana fiq online sedang bercuti.. wahhh best nya bila jadi bos.. HEHHEHE

GERAM:WECHAT APPLIKASI DI SALAH GUNA.

Salam buat semua. Pernah tak anda menggunakan applikasi Wechat, Wassup or seangkatan dengan nya. Memula sekali just nak mintak maaf pada pemilik applikasi ni sebab letak umum applikasi ini bukan tujuan untuk promo. 1st sekali aku berpendapat, wujudnya applikasi seperti ini gejala laki ada
'SpareTina" kat luar menjadi-jadi. Bermula dgn shake untuk berkenalan,seterusnya berkenal dan berjumpa. Maka permulaan untuk curang atau selingkuh peratusannya lebih besar. Tak ada faedah nya applikasi ini buat kaum wanita. Berapa ramai somi luar sana hantar pesanan ke fon isteri sendiri berbanding teman wanita chating mereka? Somi jenis ni, sibuk hal anak orang lain berbanding isteri sendiri. ISteri sendiri tak ditanya khabar, BETINA lain sibuk dah tanya dah makan ker, sihat ker buat apa ker. Paling tak puas hati nya bole si suami tu nak upgrade status BUJANG siot. BETINA yang status single ni, berbunga-bunga lah bila kenal SUAMI BUJANG....Tu dia, bila dah start mcm2 pael somi leh kita tengok. Allah bekalkan naluri pada setiap wanita tu. Maka terbuka lah hijab di depan mata. Isteri teraniaya mana boleh Allah lindung setiap dosa suami.. Maka KANTOI SUDAH...bila dah kantoi..Tak terkata somi dan tak bersuara BETINA tu. Pada isteri yang punyai hati yang sabar mungkin mereka menangis dalam diam. Tapi lau jenis yang tak sabar, JANTAN BETINA dia lanyak. Buka OPS TENYEH...Tapi jika berlaku pada anda. Apa anda lakukan????

GADIS/PEREMPUAN/BETINA

Manakah diri anda pada yang bujang...Mengambil mudah bila bersosial. Tak kenal halal haram.. Bukan kah agama kita beri panduan bila hendak bergaul yang bukan muhrim/ajnabi. Kebiasaan bila mengenali seseorang just kita bertanya NAMA SIAPA,KERJA,ASAL, tapi status betul2 dia pernah tak kita tanya.?Bila si isteri ni dapat tahu semua takut mcm tikus...Berkawan ngan suami orang berani, tapi untuk bertanggungjawab jadi penakut. Tidak mahu berdepan betul2...Ingat pada gadis2 bujang luar sana..sebelum berkawan ngan lelaki yang ingin kita kenali, tanya lah dulu suami orang ke,tunang org ke kekasih orang ker. ISu orang ketiga kini amat sensitif. Jangan pandang ringan. Diri anda seorang wanita patut rasa keperitan bila org kita sayang curang pada kita...Maka beringat lah bila menerima seseorang sebagai kawan selidik betul2 dulu agar tidak mengundang fitnah di kemudian hari.

EDISI SHARING IS CARING.

Salam pada wanita di luar sana. Melihat pada tajuk di atas, seringkali wanita yang telah berkahwin akan bertemu beberapa fasa dalam perhubungan dan perkahwinan mereka. Fasa pertama dalam tempoh 2-3 tahun wanita selalu mendapat dilema suami dengan orang ketiga. Di sini saya ingin berkongsi cerita dalam persekitaran saya mengenai Lelaki dan "SpareTina"...Huhuhu.

Cerita/Situasi:

Punyai teman. Dia seorang Jantan (Tak Sesuai Panggil Somi). Jenis kaki betina. Sudah berkahwin dan punyai sepasang anak. Yang tua darjah 2 yang bongsu tadika lagi. Isteri suri rumah dan mengambil upah mengasuh anak orang. Jantan ni tak hebat mana poket dia. Kerja pon biasa2 jer...Berbekal kan ayat manis dapat lah awek kan...Tukar betina biasa buat dia. Yang selebih nya tu tak tau lah kan. Tengok gaya jenis makan luar jugak. Boleh dikatakan apa benda material yang ada pada diri dia kebanyakkan nya dari duit Betina.... Dalam kepala otak aku, Betina tu tak reti bahasa ke. Jantan macam tu dok bangga nak henyak. Bila jadi mcm tu, aku of coz terasa lah, walaupun aku tak kenal mana wife Jantan tu. Kenal2 gitu jer...Nampak memang kesian...Wife dia memang dah tahu laki dia gitu sebelum kahwin tapi dah dia sendiri rela nak hidup bersama, tak boleh larang. Kena tahan hati tu lah. Wife dia ni kenal ngan suami aku gak.. Kekadang laki dia tak balik, wife dia telefon laki aku. Tanya laki dia kat mana...Rupa2 nya laki dia dok jual nama laki aku. Nak kuar ngan Betina lain kata keluar ngan laki aku...Laki aku jawab dia tak tahu dan tak mahu campur. Kenang kan hati seorang wanita memang aku rasa kesian sangat. Pernah beberapa kali aku ngan suami hangout ngan Jantan ni siap bawak Betina dia. Betina dia ni aku compare muka keling. Mamak kot. Serius n jujur aku cakap memang hodoh wlupun dia bertudung. Kata orang no Nur.Wife jantan tu walaupun bulat tapi still ada manis dia. Aku bukan nak hina Betina tu, aku tgk Betina tu pun hati aku otomatik menyampah. Padahal dia tak ada dosa ngan aku pon. Tapi tu lah, org tua2 dah kata, wajah muka kita mencerminkan hati kita. Sebagai wanita dan isteri memang aku boleh rasa perit bersuami kan Jantan begitu. Tapi siapa kita untuk mengubahnya. Suami aku sebagai kawan dia pon tak mahu ambil tahu dan tegur. Alasan nya, jangan campur rumah tangga orang. BETINA tu penah jejak naik rumah aku. JANTAN tu mintak tolong something pada aku. Tu somi aku punya keje lah tu. Aku memang tak suka lah 2 makhluk ni bertembung ngan aku. Lau hang out mesti dia follow. Macam cilaka jer...Masa di datang rumah aku ari tu, laki aku bercerita nak berjalan tengak sedara kat Sabah sana. Saja jer pelawa hak JANTAN ni...Tapi yang over nya BETINA tu. JANTAN tu siap suruh booking flight kalau tiket murah untuk mereka berdua. Dalam hati aku, anak bini tak mahu angkut BETINA mcm ni dok sibuk nak usung...

Sedih bila kenang nasib wanita mcm tu. Yang seorang makan hati yang sekor tak sedar diri. Apa yang boleh aku tolong memang aku selalu doa untuk Wife dia tu.Moga2 suami dia nampak keikhlasan isteri dia tu. Jom kita doa sama2 untuk wanita yang teraniya ni.


SALAM PERMULAAN

Salam buat pembaca aye di blog ni..Dah bertahun tak jenguk, mak ai...bersawang dan usang. Apa pon terima kasih pada 5 org follower blog aye ni. Insyaallah dalam luangan kali ini, mungkin aye akan berkongsi mengenai hal ehwal semasa dlm hal wanita. Harap ada yang sudi mengunjungi blog saya ini.
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers