Monday 4 October 2010

JOM PREPARE BUDGET

Kepada mereka yang sedang menanti hari untuk bersalin, anda bolehlah merangka sedikit budget untuk menyambut kelahiran bayi anda.

APA YANG PERLU ANDA BELI.

Untuk Bayi
  • Anda boleh membeli sekurang-kurangnya 7 pasang pakaian bayi anda..Pilihlah dari meterial yang menyerap peluh seperti kain kapas lembut dan tidak panas. Anda boleh membeli secara berasingan seperti 4 helai baju dan 3 helai seluar. Ataupun anda boleh membeli secara set yang banyak terdapat dipasar-pasaraya. Jangan beli terlalu banyak dan mahal kerana bayi anda cepat membesar. Anda boleh menganggarkan untuk pakaian bayi sahaja RM70 untuk 7 pasang.
  • Tuala bayi..Seeloknya belilah 2 helai.Kerana tuala yang lembap tidak sesuai untuk diguna kerap kali.Anda boleh anggarkan RM15 untuk 2 pasang.
  • Barut. Wajib sediakan agar bayi tidak mengalami kembung perut. Ibu boleh membeli atau menjahit sendiri. Angaran dalam 1.5 meter kain, anda boleh memperolehi 7-8 pasang barut bayi.Anggaran kurang dari RM10.
  • Toilettries dan minyak telon bayi-Perlu menitik beratkan penjagaan kulit bayi. Pilihlah produk yang mesra pada bayi anda seperti Johnson baby,pureen dan sebagainya.Untuk permulaaan belilah himpunan set-set yang kecil. Tujuan adalah untuk menyesuaikan produk tersebut dengan kulit bayi anda.Anggaran dalam RM30.
  • Krim Ruam Lampin. Jangan ambil mudah.Kulit bayi mudah mendapat jangkitan ruam terutama pada punggung. Belilah produk yang terbaik untuk bayi anda. Saya suggest Dropolene ataupun Bepathen. Anggaran dlm RM10.
  • Tilam,Bantal dan selimut bayi. Terdapat banyak patern dipasaran. Angaran kurang dari RM100. Anda boleh pilih samada mebeli terus ataupun membuat sendiri.
Mari lihat berapa anda boleh berhabis untuk bayi anda.
  • Baju                                       RM70.00
  • Tuala                                      RM15.00
  • Barut                                      RM10.00
  • Toilettries                                RM30.00
  • Krim Ruam Lampin                 RM10.00
  • Tilam,Bantal, selimut              RM100.00
Jumlah                      RM235.00

Untuk Ibu

Bagi untuk ibu pula, mungkin tak banyak yang perlu dibeli dan dicari. Ibu hanya perlu.
  • Jamu Selepas bersalin-Boleh beli mengikut citarasa anda. Angaran kalau mereka berminat untuk cantik dan kembalikan bentuk badan asal, budget memang tak lari dalam RM300.00. Saya suggest anda menggunakan Produk NONA ROGUY. Hanya RM290 untuk 44 hari. Produk baik dan tak meremehkan.
  • Barut bersalin. Jika anda ada budget bolehlah beli terus pada stokis-stokis yang menjual barut bersalin.Dan jika ingin jimat anda boleh buat sendiri. Barut Sendayu tinggi harga RM60.00.
  • Upah Urut. Jika anda mempunyai baudget lebihan, anda bolehlah spent RM150 untuk berurut selama 3 hari sekurang-kurangnya.Baik utk tubuh badan selepas bersalin.
  • Tuala Wanita-Anda memang memerlukan banyak tuala wanita selepas bersalin nanti. Untuk permulaan anda belilah 3 packet dahulu. Anggaran RM20
Mari kita lihat peruntukan yang anda spend untuk penjagaan diri anda selepas bersalin
  • Jamu Bersalin                    RM 290.00
  • Barut                                RM  60.00
  • Tuala Wanita                    RM 20.00
  • Urut(Jika Perlu)                RM150.00
Jumlah                   RM520.00

Jangan rasa terperanjat bila anda membuat rangka budget anda..Andai anda rasa terlalu tinggi,anda sendiri boleh cari alternatif lain atau cuba reduce produk dan bandingan harga produk lain. Selain itu, anda boleh cuba membeli sedikit sedikit pada setiap bulan jika anda fikir tak mampu untuk membeli sekali gus. Diharap rangka budget ni dapat membantu anda.

PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN

Kepada bakal-bakal ibu perlu mengambil berat sedikit mengenai persediaan sebelum bersalin...Jangan ambil remeh,nanti apabila tiba waktu yang tak dijangka berlaku,ia akan mengkelam-kabutkan keadaan dan situasi pada ketika itu. Disini terdapat beberapa tip yang boleh saya kongsikan agar bakal-bakal ibu boleh cuba mempraktikannya.

  1. Tiga bulan sebelum due date (EDD), anda bolehlah merangka budget anda untuk membeli peralatan anda dan bayi. Barang-yang penting adalah:-
  • Pakaian bayi. (Jangan beli terlalu banyak kerana bayi anda akan mengalami tumbesaran yang pesat)
  • Barut bayi dan ibu.
  • Barang toilettries bayi anda-Bedak,mandian,tuala dan syampu.
  • Diapers pakai buang/lampin kain.
  • Botol susu dan berus botol susu.
  • Minyak telon bayi.(Untuk kembung perut)
  • Tuala Wanita ibu bersalin.(Pilihlah dari material kapas yg sesuai dan tebal. Kerana aliran darah nifas sewaktu awal bersalin banyak)
  • Jamu bersalin untuk ibu.(Pilihlah mengikut budget dan kesesuaian anda)
  • Spend lah duit sedikit untuk tujuan berurut.(Jika anda rasa perlu)
 2.  Sebelum 2 minggu EDD anda, silalah packing pakaian anda dan bayi anda serta keperluan lain didalam bag siap-siap. Jangan bawa terlalu banyak pakaian. Memadai untuk dua hari persalinan. lebihkan bawa kain batik dan seluar dalam serta tuala wanita anda.

3.  Yang paling penting sentiasalah membawa kad lawatan klinik yang berwarna merah tu bila anda berjalan  kemana-mana.


Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers