Monday 4 October 2010

PERSEDIAAN SEBELUM BERSALIN

Kepada bakal-bakal ibu perlu mengambil berat sedikit mengenai persediaan sebelum bersalin...Jangan ambil remeh,nanti apabila tiba waktu yang tak dijangka berlaku,ia akan mengkelam-kabutkan keadaan dan situasi pada ketika itu. Disini terdapat beberapa tip yang boleh saya kongsikan agar bakal-bakal ibu boleh cuba mempraktikannya.

  1. Tiga bulan sebelum due date (EDD), anda bolehlah merangka budget anda untuk membeli peralatan anda dan bayi. Barang-yang penting adalah:-
  • Pakaian bayi. (Jangan beli terlalu banyak kerana bayi anda akan mengalami tumbesaran yang pesat)
  • Barut bayi dan ibu.
  • Barang toilettries bayi anda-Bedak,mandian,tuala dan syampu.
  • Diapers pakai buang/lampin kain.
  • Botol susu dan berus botol susu.
  • Minyak telon bayi.(Untuk kembung perut)
  • Tuala Wanita ibu bersalin.(Pilihlah dari material kapas yg sesuai dan tebal. Kerana aliran darah nifas sewaktu awal bersalin banyak)
  • Jamu bersalin untuk ibu.(Pilihlah mengikut budget dan kesesuaian anda)
  • Spend lah duit sedikit untuk tujuan berurut.(Jika anda rasa perlu)
 2.  Sebelum 2 minggu EDD anda, silalah packing pakaian anda dan bayi anda serta keperluan lain didalam bag siap-siap. Jangan bawa terlalu banyak pakaian. Memadai untuk dua hari persalinan. lebihkan bawa kain batik dan seluar dalam serta tuala wanita anda.

3.  Yang paling penting sentiasalah membawa kad lawatan klinik yang berwarna merah tu bila anda berjalan  kemana-mana.


No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers