Tuesday 21 September 2010

INFOMASI MENGENAI KEHAMILAN-SEMASA KELAHIRAN

ADAKAH SAYA BAKAL MELAHIRKAN?

Anda sudahpun hamil 38 minggu. Hari ini anda ke tandas setiap 1-2 jam kerana terasa seperti nak terkencing. Perut pula terasa tegang lebih kerap dari biasa. Bahagian ari- ari pula terasa begitu tidak selesa. Adakah saya bakal melahirkan?  Inilah soalan penting yang kerap difikirkan  oleh wanita  pada lewat kehamilan.
Apabila tarikh jangka sudah hampir, wanita akan lebih kerap mengalami kontraksi Braxton Hick yang boleh dikelirukan dengan kontraksi sebenar. Kontraksi Braxton Hick tidak konsisten, terjadi dalam tempoh yang sekejap, boleh terjadi bila bila masa  dan selalunya berakhir dengan sendirinya.Sekiranya anda tidak begitu pasti cuba guna tip ini. Ia adalah kaedah ‘timing contraction’ dimana anda mengira dengan tepat, berapa kerap dan frekuensi kontraksi rahim hamilyang anda alami. Kiraan mestilah dibuat dalam masa 1 jam.
Caranya begini:
Dapatkan jam tangan dan catitkan masa dimana kontraksi anda bermula. Catitkan pula masa ia berakhir. Cuba kira berapa lama masa diantaranya. Selepas itu, catitkan pula dengan tepat masa kontraksi kedua anda dan seterusnya. Buatlah berulang ulang selama satu jam. Kira tempoh masa diantara kontraksi.
Sekiranya kontraksi anda datang secara konsisten setiap 5 min berakhir 30-40 saat setiap satu, kemungkinan besar anda bakal melahirkan dalam masa terdekat ini. Bagi mereka yang hamil anak pertama,  jangan terlalu tergesa gesa dan panik kerana masa yang diambil untuk anda melahirkan lebih lama dari kandungan ke 2 dan seterusnya. Jangan percaya kepada cerita yang anda tonton di TV dan filem yang menunjukkan proses kelahiran akan  terjadi dengan cepat kerana ia tidak mengambarkan keadaan sebenar proses bersalin anda,
Tunggu dahulu dan perhatikan selama 3-4 jam lagi atau apabila sakit sudah mula terasa.  Anda akan lebih selesa berada dirumah diperingkat awal ‘labour’ kerana ke hospital terlalu awal dikaitkan dengan kekerapan ‘intervention’ termasuk kelahiran secara vacuum/forceps dan pembedahan. Tempoh normal kelahiran anak sulung selalunya mengambil masa 12 jam. 
Bagi kehamilan ke 2 dan seterusnya, jangan tunggu lebih lama kemaskan beg anda dan terus ke Hospital. 
Sekiranya anda masih keliru dan sedikit takut, datang sahaja ke hospital untuk kepastian muktamat. Bidan akan membuat pemeriksaan faraj untuk memeriksa bukaan serviks anda dan memastikan dengan tepat samada anda sudah “in labour” atau tidak.

SEL STEM TALI PUSAT

Apa itu sel stem tali pusat?

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain.
Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja.

Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan?

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.
Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut.

Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan?

Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.

Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?

Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain.
HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.

Apa bezanya diantara sel stem daripada tali pusat dan daripada sum-sum tulang?

Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang.

Apakah kebaikkannya sekiranya saya ingin menyimpan dengan tabung darah tali pusat swasta?

Tabung darah tali pusat swasta mengenakan yuran untuk penyimpanan darah tali pusat anak anda dan ia memastikan anda mendapat manfaat penyimpanan tersebut bila perlu. Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah. Lagipun, penyakit yang boleh dirawat mengunakan darah tali pusat pula jarang berlaku seperti leukemia, lymphoma, sickle cell anemia, aplastic anemia, masalah penyakit imun rendah dan lain-lain. Sekiranya pun anak anak mengalami masalah ini dimasa hadapan, darah tali pusat tidak semestinya menjadi rawatan yang terbaik untuknya.
Persatuan Academy of Pediatrics dari America menyarankan penyimpanan darah tali pusat kepada ibubapa cuma apabila terdapat anak mereka yang mengalami penyakit seperti diatas, dan anak yang seterusnya mungkin bermanfaat dari penyimpanan darah tali pusat. Walaubagaimanapun persatuan tersebut tidak menyarankan kepada semua ibupada untuk penyimpanan kerana pada dasarnya cuma terdapat 1 dalam 1000 sehigga 1 dalam 200000 peluang yang anak anak mungkin akan mengunakan darah yang disimpan dimasa hadapan.

Apa yang saya perlu buat sekiranya saya merancang untuk menyimpan darah tali pusat saya untuk kegunaan saya dimasa hadapan?

Buat kajian sedikit tentang tabung-tabung darah tali pusat swasta yang ada di Malaysia. Pastikan anda memilih tabung darah yang mempunyai reputasi yang baik dan kadar yuran yang tidak terlalu tinggi. Baca dengan teliti hak-hak anda semasa perbincangan dan bertanya soalan kepada agen sekiranya keliru. Anda juga boleh cuba mendapat nasihat dari doktor anda samada anda perlu mendapatkan khidmat tersebut berdasarkan latar belakang keluarga anda.

UBAT PENAHAN SAKIT KETIKA BERSALIN

Ubat penahan sakit semasa bersalin

Ramai wanita merasa lega apabila diberi-tahu yang terdapat kaedah perubatan yang boleh mengurangkan sakit bersalin.

Entonox

Entonox adalah ubat sedut yang popular dan dapat mengurangkan sakit bersalin dengan efektif sekiranya anda dapat mengunakannya dengan baik. Ia adalah campuran oksigen dan nitrous oxide dan diberikan dengan mengunakan plastik mask yang diletakkan pada muka. Caranya ialah dengan memegang mask tersebut dan cuba menyedut ubat tersebut sedalam mungkin ke paru-paru. Walaubagaimanapun, kelegaan terhadap sakit cuma sekejap dan ramai diantara pesakit tidak dapat mengunakannya dengan betul.

Ubat suntikan

Ubat yang biasa diberikan ialah pethedine dan selalunya diberikan melalui injeksi pada bahagian punggung. Ia diberikan 4-6 jam bergantung kepada tahap kesakitan pesakit. Ia tidak begitu efektif dan boleh memberi rasa mengantuk kepada ibu. Kesan sampingan yang lain ialah bayi yang lahir juga mungkin mengalami masalah pernafasan selepas sahaja lahir tetapi ia cuma untuk sementara waktu.

Epidural

Epidural adalah ubat penahan sakit yang paling efektif dan sangat popular buat masa sekarang. Satu catheter kecil akan dimasukan kedalam tulang belakang dan ubat akan diberikan secara berterusan sehinggalah anak anda dilahirkan. Anda mungkin tidak dapat merasa perasaan untuk meneran sebagaimana wanita lain tetapi ia tidak melambatkan proses bersalin.


EPISOTOMI

Apa itu Episiotomi?

Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.

Sebab-sebab Episiotomi

Tidak semua wanita hamil perlukan episiotomi kerana ia bukan menjadi satu kemestian. Walaubagaimanapun doktor selalunya akan membuat episiotomi pada kes-kes berikut:
  • Kandungan sulung
  • Sebelum prosedur vacuum atau forceps
  • Untuk kelahiran songsang
Risiko berkaitan Episiotomi
  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan
  • Darah beku
  • Jahitan terbuka
  • Sakit semasa hubungan

Cara menjaga luka Episiotomi

Ini adalah tip-tip mudah untuk mempastikan luka episiotomi cepat sembuh:
  • Sitz bath atau rendam punggung dalam air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu.
  • Pastikan episiotomi kering setiap kali selepas mencuci faraj dan mandi
  • Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerat
  • Minum serat dan air secukupnya untuk mengurangkn sembelit
  • Buat senaman kegel.
KENAPA SAYA PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN CAESAREAN

Kenapa saya perlu pembedahan Caesarean?

Caesarean harus dibuat sekiranya ia lebih selamat untuk ibu dan bayi berbanding dengan bersalin normal. Ini selalunya boleh ditentukan sebelum sakit bersalin bermula dan pembedahan boleh dijadualkan sebagai pembedahan elektif.

Sebab-sebab pembedahan Caesarean

Berikut adalah sebab-sebab mengapa pembedahan c-section perlu dilakukan:
  • Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  • Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu.
  • Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
  • Uri yang berada pada kedudukan bawah
  • Keadaan bayi songsang atau melintang
  • Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.

Sebab-sebab pembedahan caesarean semasa bersalin

p>Pembedahan caesarean lebih kerap dilakukan sebagai pembedahan kecemasan iaitu apabila berlaku komplikasi semasa proses bersalin.

Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.
Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak     dilakukan dengan segera.
Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.
Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.
Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.
Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.
PERINGKAT-PERINGKAT KELAHIRAN

Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama bermula dengan bukaan servix dari 1 cm-10 cm. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi dan yang ketiga kelahiran uri dari rahim.

Peringkat Pertama

Ialah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu fasa laten dan fasa aktif. Fasa laten ialah apabila serviks membuka dianatara 1-3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima.
Kebanyakkan wanita tidak merasa terlalu sakit pada waktu ini kerana kontraksi tidaklah begitu kuat dan kerap lagi.
Fasa aktif pula ialah dimana kontraksi sudah mencapai tahap kuat dan serviks anda sudahpun membuka lebih dari 3 cm. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti.
Anda boleh meminta ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit anda. Berbincanglah dengan doktor apa pilihan ada untuk mengurangkan sakit anda. Jangan cuba untuk meneran kerana ia tidak menolong anda mempercepatkan proses bersalin, sebaliknya ia boleh mengurangkan tenaga anda untuk proses meneran yang sebenarnya. Serviks selalunya membuka 1 cm setiap jam bagi anak sulung dan ia menjadi lebih cepat bagi kehamilan seterusnya.

Peringkat Kedua

Pada masa ini serviks sudahpun terbuka sebanyak 10 cm. Kontraksi sudah berada pada tahap maksima dan anda akan merasa kesakitan yang ketara. Bila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda akan merasai satu perasaan untuk meneran. Pada masa inilah anda digalakan untuk mempraktis teknik pernafasan yang diajar dikelas antental. Peringkat ini berakhir dengan kelahiran bayi selalunya berakhir kurang dari 1 jam.

Peringkat Ketiga

Anda dibenarkan memegang dan mencium sicomel anda pada masa ini. Peringkat ini berakhir dengan pengeluaran uri yang lengkap. Ia selalunya berakhir kurang dari ½ jam.

Apa yang berlaku selepas bersalin

Selepas bersalin, doktor selalunya akan memeriksa tekanan darah, denyutan nadi dan pengecutan rahim untuk memastikan semuanya normal. Untuk beberapa jam seterusnya, anda mungkin akan merasa sakit seperti senggugut dan kadang-kadang ia berlanjutan untuk beberapa hari.
Anda digalakan untuk memberikan susu badan kepada bayi. Bagi yang tidak mampu menyusukan, infant formula akan diberikan. Bayi akan diperiksa secara menyeluruh oleh pakar bayi dan sekiranya tiada masalah, anda dan bayi akan dibenarkan pulang keesokkan harinya.
KELAHIRAN INDUCE

Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walauapapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?

Kenapa perlu Induced?

Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban.

Bagaimana untuk memulakan kontraksi?

Hormon yang menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran dipanggil oxytocin. Ia dihasilkan didalam kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari. Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya walaupun setelah penyelidikan selama bertahun- tahun. Kita tahu yang banyak hormon yang terlibat dalam proses bersalin tetapi penyebab yang memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri.
Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan dimakmal dan tetapi ia hanya dapat diberikan secara intravena. Kepekatan oxytocin dengan mudah dapat dikawal dengan mengunakan alat kawalan atau pam intravena.

Memecah selaput ketuban

Sekiranya kita cuma mengunakan oxytocin, kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah. Ia mungkin sedikit menyakitkan daripada memeriksaan faraj yang biasa, tetapi amat berkesan untuk menguatkan kontraksi. Kalau tidak dilakukan, proses bersalin tidak akan bermula dengan baik.
Semasa pemeriksaan faraj, satu alat yang dipanggil 'amniohook' akan digunakan untuk menebuk lubang kecil pada selaput ketuban, kemudian oxytocin akan dimulakan.

Tidak ‘Favourable’

Semasa hamil, pangkal rahim adalah tebal, panjang dan tertutup rapat. Ini menolong memastikan yang bayi lahir pada masa yang sesuai sahaja. Semasa cukup bulan, pangkal rahim akan secara perlahan-lahan menjadi lembut, pendek dan mula membuka. Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran. Pangkal rahim juga mengeluarkan sejenis hormon yang bernama prostaglandin yang boleh melembutkan lagi pangkal rahim.
Sekiranya anda sudah bersedia untuk di'induce' tetapi didapati pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan diberikan ubat yang dipanggil prostin. Ini akan bertindak melembutkan pangkal rahim dan membuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur memecahkan ketuban dapat dibuat. Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.

Adakah lebih sakit apabila di 'Induced'?

Inilah soalan yang utama yang sering ditanya apabila wanita dinasihatkan menjalani 'induce'. Anda mungkin mendengar cerita yang kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yang pernah menjalani 'induce'. 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila wanita sudahpun dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.
PEMBEDAHAN CAESAREAN SECTION

Pembedahan caesarean atau dikenali sebagai c-section adalah kaedah yang digunakan untuk melahirkan bayi secara pembedahan. Ia sering dilakukan sebagai pembedahan kecemasan apabila berlaku komplikasi semasa kelahiran bayi. Walaupun kelahiran secara normal lebih selamat untuk bayi dan ibu tetapi terdapat keadaan dimana melahirkan melalui c-section adalah lebih selamat dari kelahiran biasa.

Prosedur pembadahan

C-section dimulakan dengan doktor membuat hirisan pada bahagian ari-ari atas sedikit dari bulu pubis. Bayi anda akan dikeluarkan dari hirisan tersebut. Sebelum itu, doktor pakar bius akan memberikan spinal anaethesia dimana anda akan merasa kebas dari pusat kebawah. Abdomen anda akan dicuci dengan teliti dan pembedahan akan bermula sejurus selepas itu.

Selepas bayi lahir

Hidung dan mulutnya akan disedut untuk membuang lendir dan air ketuban yang belebihan. Tali pusat akan dipotong dan doktor akan mengeluarkan uri. Rahim kemudiannya akan di jahit diikuti dengan dinding perut.
Selepas pembedahan, anda dan bayi akan dipindahkan ke wad dimana anda akan di awasi dengan teliti selama 24 jam selepas pembedahan.

Komplikasi pembedahan Caesarean

Pembedahan c-section adalah pembedahan besar dan seperti mana pembedahan yang lain, mempunyai terdapat risiko-risikonya yang tersendiri.

Risiko terhadap bayi

  • Kelahiran pra-matang
  • Masalah pernafasan
  • Luka

Risiko terhadap ibu

  • Jangkitan kuman pada rahim dan organ yang berdekatan
  • Lebih kehilangan darah –dua kali ganda lebih dari bersalin biasa.
  • Usus kurang aktif- rasa kembung, tidak selesa berterusan sehingga berhari-hari.
  • Komplikasi pernafasan- jangkitan paru-paru terutama apabila pesakit diberikan bius keseluruhan.
  • Tinggal di hospital dengan lebih lama
  • Reaksi terhadap ubat bius
  • Luka pada organ berdekatan seperti pundi kencing dan usus
  • Darah beku pada kaki, organ pelvis dan paru-paru
  • Sakit bersalin yang lebih lama
  • Berisiko untuk pembedahan hysterectomy (pemebedahan buang rahim akan tumpah darah yang banyak)
  • Berisiko untuk placenta accreta pada kandungan akan datang.
TANDA-TANDA BERSALIN

Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
BERSALIN NORMAL SELEPAS CAESAREAN

Berakhir sudah ungkapan, bila sudah caesarean akan sentiasa ceasarean. VBAC atau vaginal birth after casarean ialah kelahiran secara normal selepas pembedahan ceasarean. Pengalaman perubatan telah menunjukan lebih dari 70 % wanita berjaya melalui kelahiran normal walaupun sebelumnya dia melahirkan melalui c-section. VBAC adalah lebih selamat dari caesarean berulang dan tidak menimbulkan risiko yang tinggi terhadap wanita.

Kenapa saya perlu VBAC?


Terdapat banyak kebaikannya bersalin secara normal. Antara kebaikannya adalah:
  • Kurang risiko kematian
  • Kurang komplikasi
  • Boleh mencegah dari tumpah darah yang banyak, darah beku pada kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
  • Menyusu badan lebih senang kerana rasa kurang sakit selepas bersalin.
  • Kosnya lebih murah
Bayi juga lebih bermanfaat kerana :
  • Kurang risiko untuk kejadian kelahiran pra-matang
  • Kurang masalah pernafasan selepas lahir
  • Kurang risiko kematian bayi

Risiko VBAC

Risiko yang paling ketara bagi mereka yang pernah melalui pembedahan secara caesarean ialah risiko pecah rahim. Risiko ini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal dimana hirisan rahim dibuat secara vertical bukan horizontal seperti sekarang. Parut pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara vertical tidak lagi diamalkan dan menurut kajian terkini, risiko untuk parut pecah semasa menjalani kelahiran biasa adalah kurang dari 1%.

Adakah saya calon untuk VBAC?

Anda adalah calon yang sesuai sekiranya:
  • Caesarean dahulu bukan pembedahan klasikal
  • Pelvis yang bersaiz normal
  • Sebab pembedahan dahulu tidak ada untuk kehamilan sekarang, sebagai contoh bayi besar, darah tinggi atau uri dibawah.
  • Bersedia secara fizikal dan mental untuk bersalin biasa

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers