Tuesday 21 September 2010

INFOMASI MENGENAI KEHAMILAN-SEMASA HAMIL

6 TANDA HAMIL YANG PERLU ANDA RISAU
Petikan dari alamhamil.com

Kehamilan melibatkan perubahan fisiologi tubuh dan kebanyakkan tanda tanda kehamilan berpunca dari rembesan hormon yang dikeluarkan oleh uri. Rasa mual, muntah sekali sekala, sengal perut dan pening merupakan sebahagian dari sakit sakit ringan yang kerap terjadi dan sesuatu yang anda tidak perlu risau. Walaubagaimanapun, terdapat juga tanda tanda kehamilan yang wanita fikir ia adalah simtom kehamilan biasa tetapi sebenarnya adalah sesuatu yang serius. Berikut adalah tanda tanda amaran yang anda perlu risau dan perlu segera berjumpa doktor sekiranya ia terjadi.

Tanda Amaran Serius 1: Pendarahan dan Pitam Di Awal Kehamilan

hamilPendarahan faraj kerap terjadi diawal kehamilan dan sering dikaitkan dengan keguguran. Walaubagaimanapun sekiranya pendarahan disertai dengan sakit pada perut dan rasa pitam, ia mungkin tanda kehamilan diluar rahim atau ‘ectopic pregnancy’. Hamil diluar rahim terjadi apabila telur yang disenyawakan terbenam di dalam salur peranakan atau sekitar kawasan pelvis dan bukan didalam rahim. Sekiranya kandungan ini pecah, ia akan menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk dan boleh membahayakan nyawa. Pendarahan faraj juga boleh berlaku semasa trimester ke 2 atau ke 3  tetapi ia lebih dikaitkan dengan uri bawah ( placenta previa ) atau abruptio placenta, ia satu keadaan dimana uri merekah dari dinding rahim menyebabkan pendarahan yang teruk berlaku. Jangan berlengah untuk berjumpa dengan doktor sekiranya berlaku pendarahan tidak kira tempoh kehamilan anda.

Tanda Amaran Serius 2: Muntah keterlaluan

Rasa mual dan muntah ringan memang kerap terjadi terutamanya di awal kehamilan tetapi sekiranya muntah dan mual anda keterlaluan sehingga tidak berdaya meneruskan tugas harian, anda dikatakan mengalami 'Hyperemesis Gravidarum' . 'Hyperemesis Gravidarum' ialah keadaan dimana terjadi kekurangan bendalir dan mineral badan yang teruk yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Dehidrasi dan kekurangan zat yang teruk badan akibat muntah dikaitkan dengan kecacatan janin dan kelahiran pra-matang. Sekiranya anda mengalami mual, terdapat ubat yang selamat yang boleh dimakan untuk mengurangkan muntah dan dapatkan nasihat tentang pemakanan yang boleh dihindari semasa konsultasi dengan doktor. Sekiranya muntah anda masih tidak dapat dikawal, anda mungkin akan dimasukkan ke wad dan rawatan rehidrasi akan diberikan untuk mengantikan bendalir dan mineral yang hilang.

Tanda Amaran Serius 3: Pergerakkan bayi kurang secara mendadak

Memang kerap terjadi diwaktu waktu tertentu ibu merasa pergerakkan bayi kurang aktif dari biasa tetapi sekiranya pergerakan bayi tiba tiba menurun berjam-jam lamanya, ia mungkin tanda bayi kekurangan oksigen atau tenaga. Sekiranya anda rasa bayi tidak begitu aktif , cuba dulu tip ini. Minum air sejuk dan makan atau tidur mengiring dan perhatikan seketika samada bayi kembali aktif atau tidak. Anda juga boleh memerikan stimulasi dengan cuba dengarkan muzik atau bunyi-bunyian untuk mengejutkan bayi dari tidur. Mencatat pergerakkan bayi anda mungkin boleh menolong. Secara umumnya, anda selalunya akan merasa 10 pergerakkan dalam masa 2 jam, sekiranya kurang, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor, ujian CTG ( jantung bayi) dan Ultrasounds boleh menentukan kesihatan bayi anda.

Tanda Amaran Serius 4: Kontraksi Pada Awal Trimester Ke 3

Kontraksi yang kerap mungkin tanda kelahiran pra-matang tapi bagi ibu kali pertama, mereka sering keliru dengan kontraksi Braxton Hicks. Braxton Hick boleh terjadi bila bila masa tetapi ia tidak konsisten dan akan berhenti dengan sendiri selepas beberapa jam. Kontraksi sebenar akan menjadi lebih kerap, bertambah sakit dan sekiranya disertai dengan pendarahan 'show' iaitu darah bercampur lendir, kemungkinan besar anda bakal mengalami kelahiran pra-matang. Kiranya anda pasti kontraksi anda semakin kerap, jumpa doktor dengan segera dan jangan tunggu keesokkan harinya. Sekiranya ia masih dalam peringkat awal, doktor masih sempat untuk cuba memberhentikan kontraksi dan memberikan ubat matangkan paru-paru bayi. Dengan itu, risiko komplikasi bayi pra-matang akan dapat dikurangkan.

Tanda Amaran Serius 5: Pecah Air Ketuban

Sekiranya anda sedang berehat, berbaring atau menonton TV dan tiba-tiba air mengalir keluar dari faraj membasahi sarung, baju atau cadar tilam anda, kemungkinan anda mengalami pecah air ketuban. Pecah ketuban kerap dikelirukan dengan aliran air kencing kerana terkencing secara tiba tiba juga sering terjadi disebabkan oleh rahim yang memberi tekanan pada pundi kencing. Sekiranya anda kurang pasti samada ia air kencing atau ketuban, pergi ke tandas dan buang air kencing sepenuhnya. Sekiranya air masih mengalir dicelah kangkang anda, sudah pasti anda pecah ketuban. Jumpalah doktor dengan segera. Pecah ketuban mempunyai risiko tersendiri seperti jangkitan kuman pada bayi yang boleh memberikan komplikasi yang serius selepas dilahirkan.

Tanda Amaran Serius 6: Sakit Kepala berterusan, Penglihatan kabur dan Bengkak keterlaluan 

Sekiranya anda mengalami masalah ini semasa trimester ke 3, kemungkinan besar anda mengalami Pre-Eclampsia. Ia adalah keadaan dimana darah tinggi naik dengan mendadak disertai dengan protin yang banyak dalam urin. Ia adalah satu komplikasi kehamilan yang serius dan boleh membawa maut. Jumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan tekanan darah dan air kencing. Pemeriksaan antenatal yang rutin boleh mengawal penyakit ini pada peringkat awal.

FAKTA KELAHIRAN KEMBAR YANG PERLU ANDA TAHU

Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.


  1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
    Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
  2. Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
    Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
  3. Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
  4. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
  5. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
  6. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
  7. Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.
  8. Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
  9. Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
  10. Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
  11. Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
  12. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.
JANGKITAN KULAT PADA FARAJ

Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.


  1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
    Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
  2. Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
    Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
  3. Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
  4. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
  5. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
  6. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
  7. Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil.
  8. Ibu sering mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
  9. Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
  10. Hamil kembar bermakna ibu hamil kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
  11. Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
  12. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran normal.
JANGKITAN KULAT PADA FARAJ

Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?

Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut:
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Pemakanan pil perancang
  • Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
  • Penyakit kencing manis
  • Hubungan seks
  • Douching
  • Darah dan air mani

Apakah simtom jangkitan kulat?

Simtom-simtom termasuk:
  • Gatal, pedih dan sakit pada faraj
  • Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
  • Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
  • Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.

Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?

Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis.
Macam mana untuk membuat diagnosa masalah jangkitan ini?
Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan vaginal untuk melihat corak keputihan tersebut dan selalunya diagnosa akan dibuat secara klinikal. Sekiranya ragu, doktor akan mengambil swab dan menghantar kemakmal untuk ujian kultur.

Bagaimana jangkitan kulat ini dirawat?

Ia boleh dirawat dengan mengunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.

Bagaimana saya boleh mencegah jangkitan ini dari berlaku?

Jangkitan kulat boleh dicegah dengan mengamalkan perkara berikut:
  • Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik
  • Pakai seluar dalam dari kapas
  • Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya.
  • Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang
  • Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya
  • Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.
  • Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj
  • Jangan pakai panty-liner
  • Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna
  • Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
  • Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Sekiranya anda mendapati simtom kegatalan masih tidak berubah selepas 3 hari rawatan atau simtom datang balik selepas rawatan, berjumpa balik dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin mengalami jangkitan yang lebih serius.

PENDARAHAN SEMASA HAMIL
Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:
  1. Pendarahan Implantasi

    Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

    Apa itu pendarahan implantasi?
    Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

    Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

    Bilakan implantasi selalu terjadi?
    Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.
  2. Keguguran

    Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.
  3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan
  4. Kandungan Anggur

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.
  5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim

    Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.
  6. Placental Abruption

    Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.
  7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

    Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan
  8. Tanda Bersalin

    Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.
UJIAN PRE-NATAL

Apa Yang Anda Perlu Tahu Dengan Ujian Perinatal

Ada beberapa ujian yang dilakukan keatas ibu hamil untuk memastikan bayi berada dalam keadaan memuaskan, dan juga mengawasi keadaan bayi dan mengurangkan rasa takut dan ragu ragu terhadap kehamilan anda

Ujian Ultra-Bunyi

Bila dibuat: Semasa pemeriksaan antenatal
Kenapa dibuat: Untuk mempastikan kandungan didalam rahim, kandungan itu hidup, pastikan ia kembar atau tidak, umur janin, melihat sebarang kecacatan janin, kedudukan uri dan tumbesaran bayi. Ia juga boleh mendengar dengupan jantung bayi.
Bagaimana: Gelombang bunyi terpantul dari tisu yang akan dibaca oleh mesin dan memaparkannya pada screen TV.

Mengira Pergerakan Bayi

Bila dibuat: Pada kandungan 30 minggu ke atas
Kenapa dibuat: Untuk memeriksa tahap aktiviti bayi
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan mengira berapa lama masa yang diambil untuk bayi membuat 10 pergerakkan. Walaupun ia boleh dilakukan pada bila bila masa terutama disebelah malam kerana bayi lebih aktif pada malam hari.

Ujian Non-Stress

Bila dibuat: Selepas 28 minggu
Kenapa dibuat: Untuk mengukur gerak jantung bayi terhadap pergerakkannya sendiri. Degupan jantung yang tinggi semasa bayi bergerak menunjukan tanda yang baik
Bagaimana ia dibuat: Tali pinggang akan diletakkan pada perut ibu semasa berbaring. Ibu akan memetik butang setiap kali bayi bergerak.

Profil Biophysical Bayi

Bila dibuat: Pada akhir kandungan
Kenapa dibuat : Untuk memeriksa kadar jantung bayi, gerak bayi, pernafasan bayi dan jumlah air ketuban dalam dalam rahim. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ibu mungkin akan dinasihatkan bersalin awal dari tarikh jangka.
Bagaimana ia dibuat: Melalui ujian ultrasound

Modified Glukos Tolerence Test

Bila dibuat : akan dibuat pada 28 minggu keatas
Kenapa dibuat: Untuk pastikan tidak terdapat gula yang berlebihan dalam darah. Pendedahan yang berpanjangan pada glukos yang tinggi boleh menyebabkan bayi membesar secara berlebihan dan dan juga boleh menyebabkan bayi kekurangan glukos secara mendadak semasa lahir
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan meminum air gula dan ujian darah akan diambil untuk mengukur tahap sugar.

Maternal Serum Alpha-Fetoprotein

Bila dibuat : 15-22
Kenapa dibuat : AFP tinggi pada bayi yang mempunyai otak dan saraf tunjang. Tahap mungkin rendah pada bayi yang mempunyai sindrom down
Bagaimana ia dibuat: Ujian darah ibu akan diambil dan dihantar kemakmal. keputusan mungkin boleh diketahui dalam 1-2 minggu.

Amniocentesis

Amneocentesis

Bila dibuat: Pada 14-18 minggu pada mereka yang mempunyai risiko
Kenapa dibuat: Selalunya dibuat untuk mendapat maklumat tentang kromosom bayi. Sekiranya tahap AFP ibu tinggi tanpa sebarang sebab, ujian ini boleh menetukan samada terdapat ketidaknormalan janin.
Bagaimana ia dibuat: Satu jarum akan disuntik kedalam rahim supaya sedikit air ketuban dapat diambil untuk diperiksa. Risiko untuk kegugguran selepas prosedur ~2%

Chorionic Vilous Sampling

Ujian ini merupakan alternatif kepada amniocentesis
Bila: pada 9-11 minggu
Kenapa: Untuk mengetahu kromosom bayi
Bagaimana: Satu jenis salur akan dimasukkan melalui vagina dan serviks kedalam rahim untuk mendapat satu sampel tisu uri ynag mana akan diperiksa untuk sebarang ketidaknormalan

TIP KURANG MUNTAH

Tip-tip Penting Untuk Kurangkan Loya dan Muntah Semasa Hamil

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.
Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.
Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip Untuk Kurangkan Simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini
  • Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
  • Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
  • Hindarkan diri dari wangian
  • Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  • Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
  • Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
  • Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah
KONTRAKSI BRAXTON HICK

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
10 TANDA HAMIL

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers