Tuesday 26 October 2010

Apa itu APGAR Score?

Korang penah dengar atau tengok APGAR score?Biasanya baby yang baru lahir, doktor akan catitkan APGAR score ni kat kad kesihatan baby tu...E-ein skor 9/10 selepas lahir.Baby korang pula dapat skor berapa?Cuba cek medical kad anak2...mesti ada punye, dicatit selepas baby korang lahir....

APGAR score bermaksud satu metod yang sangat simple dan mudah dilakukan bagi menilai tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan (
a simple and repeatable method to quickly and summarily assess the health of newborn children immediately after childbirth) .
Dr. Virginia Apgar

APGAR score dipercayai dicipta oleh Dr. Virginia Apgar, seorang pakar bius kanak-kanak pada tahun 1952.Skor APGAR adalah dari nilai 0 hingga 10.Lima kriteria berikut diambilkira. (Appearance- rupa, Pulse-nadi, Grimace-mimik muka/respons, Activity-pergerakan, Respiration-pernafasan) yang mana juga digunakan bagi singkatan nama APGAR itu sendiri.

5 kriteria APGAR Score:


Cara kiraan: sekiranya kesemua skor APGAR mendapat nilai 2, maka 2 x 5 skor = 10/10. Kalau setiap satu skor APGAR itu 1, makan akan dikira 1 x 5 = 5/10.

Penilaian APGAR score dilakukan antara 1- 5 minit selepas bayi dilahirkan dan akan diulang beberapa kali sekiranya skor itu rendah.

Skor 1/10, - 3/10 bermaksud sangat rendah dan bayi tidak sihat.
Skor 4/10 - 6/10 tahap kesihatan bayi sedikit rendah.

Manakala skor 7/10 - 9/10 dinilai sebagai bayi yang amat sihat.


Skor 10/10 jarang dicapai kerana setiap bayi akan kelihatan sedikit cyanotic (kebiruan) selepas lahir.

Bagi bayi yang mencapai skor 1/10 - 3/10, APGAR score ini akan diperiksa oleh doktor setiap 5 minit.Sekiranya ia masih tidak meningkat selepas 30 minit, kemungkinan kecacatan saraf telah berlaku serta peluang bayi menghidap cerebral palsy meningkat.Wallahualam..

~sumber dari Wikipedia~

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers