Tuesday, 21 September 2010

ANUGERAH

Sangat-sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai wanita. Meskipun di letakkan sebagai kaum yang lemah, namun ia bukan lah penghalang untuk kaum wanita sekarang ini meraih kejayaan walau dalam mana-mana bidang pun yang mereka ceburi. Bak kata pepatah orang tua-tua dahulu " TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN, BISA MENGONCANGKAN DUNIA". Betul ke tak betul pepatah yang aku taip ni.... ;))

TANGGUNGJAWAB WANITA

Bukan mudah juga menjadi wanita di alaf baru ni. Pendek kata segalanya mencabar. Jika dulu zaman nenek moyang dulu, tangungjawab yang di pikul tak sebesar mana jika dibandingkan dengan sekarang ni. Mana tak nya, dahulu kaum wanita banyak menghabiskan masa menguruskan rumahtangga. Dan kini, kaum wanita mengalas tanggungjawab membantu suami mencari nafkah bagi menampung keluarga. Dari situ, kita boleh menilai pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Tidak terlepas juga, urusan rumahtangga juga dipikul. Dalam masa yang sama juga kebajikan anak-anak dan suami juga wanita pelihara. Begitu sekali peranan dan tanggungjawab wanita masa kini. Namun apa yang kaum wanita hari ini lakukan, pernah tak mereka ( para suami & anak ) menghargai apa yang kaum wanita lakukan. Tepuk dada tanya selera.

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI WANITA

Agak mudah mengenali mereka. Kaum wanita ni, Allah S.W.T menjadikan ia sebaik-baik ciptaan berbeda dari kaum adam. Pada diri mereka, Allah letakkan kelembutan dalam diri mereka, kesabaran yang jitu dalam hati mereka, dan kecintaan yang tinggi dalam diri mereka. Mereka diciptakan oleh Allah didalam nya ada taman kasih, sayang dan cinta yang tinggi berbanding lelaki. Manakala sifat lelaki Allah S.W.T meletakkan ia sebagai kaum yang keras iaitu, tegas supaya boleh menjadi pemimpin bagi wanita. Jiwa wanita mudah terusik kerana mereka ini dalam golongan yang Allah S.W.T ciptakan mudah sensitif. Perlu diketahui, di sebalik selembutan itu, Allah menghadkan pemikiran mereka berbanding kaum lelaki. Akal wanita senipis rambutnya. Sebab itu, ramai golongan wanita sekarang ini mudah tersasar kerana tidak berfikiran panjang. Akibatnya, mereka mudah terjerumus dalam kancah muslihat dunia.

No comments:

Post a Comment

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers