APA YANG PERLU ANDA BELI.
Untuk Bayi
- Anda boleh membeli sekurang-kurangnya 7 pasang pakaian bayi anda..Pilihlah dari meterial yang menyerap peluh seperti kain kapas lembut dan tidak panas. Anda boleh membeli secara berasingan seperti 4 helai baju dan 3 helai seluar. Ataupun anda boleh membeli secara set yang banyak terdapat dipasar-pasaraya. Jangan beli terlalu banyak dan mahal kerana bayi anda cepat membesar. Anda boleh menganggarkan untuk pakaian bayi sahaja RM70 untuk 7 pasang.
- Tuala bayi..Seeloknya belilah 2 helai.Kerana tuala yang lembap tidak sesuai untuk diguna kerap kali.Anda boleh anggarkan RM15 untuk 2 pasang.
- Barut. Wajib sediakan agar bayi tidak mengalami kembung perut. Ibu boleh membeli atau menjahit sendiri. Angaran dalam 1.5 meter kain, anda boleh memperolehi 7-8 pasang barut bayi.Anggaran kurang dari RM10.
- Toilettries dan minyak telon bayi-Perlu menitik beratkan penjagaan kulit bayi. Pilihlah produk yang mesra pada bayi anda seperti Johnson baby,pureen dan sebagainya.Untuk permulaaan belilah himpunan set-set yang kecil. Tujuan adalah untuk menyesuaikan produk tersebut dengan kulit bayi anda.Anggaran dalam RM30.
- Krim Ruam Lampin. Jangan ambil mudah.Kulit bayi mudah mendapat jangkitan ruam terutama pada punggung. Belilah produk yang terbaik untuk bayi anda. Saya suggest Dropolene ataupun Bepathen. Anggaran dlm RM10.
- Tilam,Bantal dan selimut bayi. Terdapat banyak patern dipasaran. Angaran kurang dari RM100. Anda boleh pilih samada mebeli terus ataupun membuat sendiri.
- Baju RM70.00
- Tuala RM15.00
- Barut RM10.00
- Toilettries RM30.00
- Krim Ruam Lampin RM10.00
- Tilam,Bantal, selimut RM100.00
Untuk Ibu
Bagi untuk ibu pula, mungkin tak banyak yang perlu dibeli dan dicari. Ibu hanya perlu.
- Jamu Selepas bersalin-Boleh beli mengikut citarasa anda. Angaran kalau mereka berminat untuk cantik dan kembalikan bentuk badan asal, budget memang tak lari dalam RM300.00. Saya suggest anda menggunakan Produk NONA ROGUY. Hanya RM290 untuk 44 hari. Produk baik dan tak meremehkan.
- Barut bersalin. Jika anda ada budget bolehlah beli terus pada stokis-stokis yang menjual barut bersalin.Dan jika ingin jimat anda boleh buat sendiri. Barut Sendayu tinggi harga RM60.00.
- Upah Urut. Jika anda mempunyai baudget lebihan, anda bolehlah spent RM150 untuk berurut selama 3 hari sekurang-kurangnya.Baik utk tubuh badan selepas bersalin.
- Tuala Wanita-Anda memang memerlukan banyak tuala wanita selepas bersalin nanti. Untuk permulaan anda belilah 3 packet dahulu. Anggaran RM20
- Jamu Bersalin RM 290.00
- Barut RM 60.00
- Tuala Wanita RM 20.00
- Urut(Jika Perlu) RM150.00
Jangan rasa terperanjat bila anda membuat rangka budget anda..Andai anda rasa terlalu tinggi,anda sendiri boleh cari alternatif lain atau cuba reduce produk dan bandingan harga produk lain. Selain itu, anda boleh cuba membeli sedikit sedikit pada setiap bulan jika anda fikir tak mampu untuk membeli sekali gus. Diharap rangka budget ni dapat membantu anda.